- Get link
- X
- Other Apps
Model ikonik negara, Proton Saga, baru-baru ini melakar kejayaan di persada antarabangsa selepas dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Produk menerusi kategori Pengangkutan Pintar di Golden Osmanthus Industrial Design Award (GODA) 2026 yang berlangsung di China.
Kejayaan ini sekaligus membuktikan keupayaan serta kualiti hasil kerja pasukan reka bentuk tempatan dalam menghasilkan produk automotif bertaraf global.
Pengiktirafan menerusi anugerah reka bentuk perindustrian yang berprestij ini bukan sahaja mengangkat nama Proton, malah menjadi satu penghormatan besar buat bakat-bakat tempatan yang terus konsisten mempertaruhkan identiti reka bentuk buatan Malaysia.
Pencapaian ini mengukuhkan lagi kedudukan Proton Saga sebagai salah satu model kenderaan paling berjaya dan relevan merentasi pelbagai generasi.
Sumber: Careta
- Get link
- X
- Other Apps
